kami bersama Imam! Imam Hoslan Imam Berani!

RM 30 SAJA!!

RM 30 SAJA!!
hubungi 013-3734003 jika nak tiket

Monday, March 19, 2012

Resam Perjuangan...yang berjuang dibiar melarat.

genap sudah 3 tahun saya dalam landasan aktivisme ini.

sungguh, dalam kondisi yang masih belajar dan tidak berpendapatan...ramai yang mampus "give-up" dalam keperitan ini.

kalau lah kiamat nanti kita dalam keadaan kesusahan, didatangai pula kumpulan dajjal yang menggoda dengan kesenangan....nescaya ramai lah daripada kita akan mengikut "dajjal" itu.

sepanjang dalam arena ini, saya melihat..bagaimana dahulunya golongan yang berdempang-dempung menyatakan sokongan kepada perjuangan, yang melafazkan ikrar meneruskan kebangkitan dan yang berlantangan suara melawan kerakusan, kini semuanya kembali senyap dengan berdengkur.

mereka memilih untuk tidak mengambil bahagian dalam keperitan ini, tatkala saudara-saudara selandasan yang pernah bersama mereka dilihat dalam kesusahan merentangi api penindasan. mereka memilih berdiam diri, daripada menghabiskan tenaga melawan "api".

ayuh...

rakyat...

turun....
basahkan bumi dan jalan..

dengan peluh dan darah...

melawan senjata yang diacu oleh mereka tidak bermaruah

ayuh.....sertai KAMI bersama rakyat...

hanya RM 30.
hubungi 013-3734003


Sunday, March 18, 2012

wakil rakyat yang begini lah...

anda semua kenal dengan Doktor Kumar? seorang doktor yang merupakan pakar perubatan yang gajinya puluhan ribu sebulan tetapi kemudiannya meletakkan jawatan menjadi doktor dan memilih untuk menjadi aktivis parti sepenuh masa untuk mendalami dan berkhidmat untuk rakyat.

setelah beliau meletakkan jawatan daripada kerjayanya yang bergaji puluhan ribu itu...beliau bekerja tanpa gaji dengan masuk ke dalam kampung-kampung untuk merawat, membantu perbelanjaan, membantu mendaftarkan anak-anak tanpa kad pengenalan dan juga membantu anak-anak bersekolah. itulah kerja beliau.

kini, beliau telah menang dalam Pilihanraya Umum 2008 dan dapatlah elaun bulanan kurang RM 10,000 untuk meneruskan misinya membantu rakyat miskin yang ribuan orang lagi di kawasannya di Sungai Siput. sepanjang zaman Samy Vellu(mantan presiden MIC) menjadi wakil rakyat sungai siput, tak pernah orang-orang miskin sama ada India, Melayu atau Cina dibantu seperti itu. apatah lagi orang asal, lagilah di-anak-tiri-kan oleh Samy Vellu yang tak tahu malu tu.

Dr Kumar pada tahun 2011 telah ditahan dibawah Ordinan Darurat(EO) atau semacam tahanan ISA. sebijik cara tahan dan penjaranya. namun, atas desakan dunia khususnya rakyat dan persatuan doktor perubatan Malaysia, Dr Kumar dibebaskan setelah 2 bulan ditahan. cukup penderitaan dialaminya.

apakah salah seorang doktor yang ingin menghabiskan masanya untuk merawat rakyat yang tidak mampu ke hospital?

apakah salah seorang doktor yang menolak gaji lebih RM50,000 sebulan semata-mata untuk habiskan sisa hidupnya membantu anak-anak miskin dan mencari golongan terbiar dan terbuang ini di pedalaman?

ya..!!! tidak salah!

tapi Barisan Nasional yang kalian undi dalam pilihanraya lalu itu kata bahawa Doktor Kumar salah.

Dr kumar diseksa mental dan menderita semasa dalam tahanan.

usia tuanya itu dilayan dengan rakus oleh pihak berkuasa Barisan Nasional.

alhamdulillah...pemimpin utama Parti Sosialis Malaysia(PSM) ini kini sudah bebas dari sel tahanan. dia berkhidmat untuk rakyat macam biasa.

Dr Kumar(duduk) bersama Presiden PAS semalam.

dan...ini yang paling mengharukan saya

"....kasih sayang ialah lambang asas perjuangan. perkahwinan ialah lambang kasih sayang. Selamat berkahwin dan teruskan perjuangan...."

itulah yang dikongsikan oleh Doktor Kumar dalam Facebooknya untuk majlis perkahwinan saya.

seorang ahli parlimen yang tidak lupa akan komrad-komradnya.

perjuangan ini akan kekal bersama mu dan prinsip mu.

hidup perjuangan!

Saturday, March 17, 2012

Ceramah Pakatan selalu diganggu...adakah kerana provokasi kita terlampau hebat?!

ada segelintir orang-orang bodoh yang menuduh blogger-blogger anak muda terutamanya REVOLUSI HABIB memainkan provokasi melampau sehingga menyebabkan ceramah anjuran anak muda dan mahasiswa di sekitar lembah Klang pasti akan diganggu. peristiwa yang paling jelas ialah peristiwa tragedi Kg Idaman, Klang yang menyaksikan ribuan ringgit hangus apabila puak-puak "pengacau" memecahkan segala kemudahan dalam dewan dalam satu ceramah anjuran mahasiswa dan anak muda.

ada juga segelintir pihak yang kononnya "bersama Pakatan", ops, bukan segelintir, tapi cuma seorang, individu yang menggelarkan dirinya pakar dalam politik yang sibuk menghentam krew REVOLUSI HABIB yang dianggotai 5 orang hasil gabungan mahasiswa, pensyarah dan peniaga muda yang dituduh kononnya suka membuat provokasi melampau.

jika benar provokasi menyebabkan kekacauan dan kekecohan program-program Pakatan Rakyat, habis dibawah ni cerita apa?

cerita hantu?

cerita lucah?




program-program di atas dipromosikan tanpa sebarang provokasi. malah ayat-ayat mesra dan manis. tetapi...tetap kena kacau!

jadi..kesimpulannya...KITA MESTI TERUS BUAT PROVOKASI...agar UMNO dan BN terus buat perangai....kan ? kan? hahahaha!

jangan lupa orang PAS, PKR dan DAP serta PSM! kita mesti terus buat BN "jiwa kacau".

bila mereka jiwa kacau, mereka akan kacau kita. hahaha. bila mereka kacau majlis, rakyat akan dengar cerita bahawa BN ini memang ganas. pengganas selepas Al-qaeda adalah BN la..hahahaha

jadi...terus kita menulis menajam melalui mata pena.

kalau tak da provokasi pun dorang duk kacau program kita, so...baik kita provoke..kasi mereka buat kerja sikit....bila mereka tunjuk gangster..baru la orang-orang kampung yang sebelum ni anggap UMNO ni baik macam malaikat.akan sedar dan nampak bahawa UMNO ni rupanya bela jin dan syaitan untuk buat kacau dan keganasan.

jadi....terkaitlah akhirnya UMNO dan KEGANASAN...baik kan?

REVOLUSI HABIB sedang menyiapkan risalah bergambar menunjukkan KEGANASAN UMNO ke atas rakyat dengan isu pembelasahan UMNO ke atas anak muda , kes anak muda kena pukul dengan UMNO.,..semua ada....jadi...kita akan edarkan risalah itu secara pos.

supaya orang-orang kampung melihat...

hahahaha!

zalim betul krew RH ni. hahahaha!

hahahaha!!!

mamat ini ketua pengacau masa kes pukul anak muda di ceramah Pakatan di Jalan Kebun.
harapnya matanya sudah lebam akibat dibantai gangster india pulak. hahaha.

namun...prinsip REVOLUSI HABIB adalah...jangan bantai dilawan bantai...

tapi..bantai mesti dilawan dengan ke'aiban...SILA AIBKAN DIA SAMPAI MAMPUS.

sekarang ni dia dah cukup aib apabila segala rahsianya yang lampau didedah para blogger muda. dan dia sudah berambus dari Klang menurut sumber.

gangster-gangster India pun sedang sibuk cari dia. hahahaha.

p/s: tak tau lah ada gangster india ke tak di klang ni. tapi yg penting...cara gangster adalah salah. kita guna cara 'aib lagi best. hahaha.

Friday, March 16, 2012

Akhirnya ditangkap khalwat juga....puas hati aku!!!

setelah sekian lama menunggu pasukan penguatkuasa agama datang menerjah pasangan yang sedang berkhalwat itu....akhirnya terdedah juga perangai yang berkhalwat itu...

tapi soal anak zahid hamidi (menteri pertahanan) ni...Zahid sendiri yang pi tangkap budak lelaki tu dan ditumbuk secara "live" oleh zahid sendiri...waa.......

sesungguhnya...cerita itu tidaklah ada kena mengena dengan cerita dibawah. cuma...ingin saya tekankan..bahawa...terlalu banyak pasangan berkhalwat di sekitar tanjung harapan dekat dengan muara ikan bakar di pelabuhan Klang ni.... JAIS pi mana? buat-buat bodoh atau buat-buat buta? celaka lah badan agama macam JAIS ni kalau benda macam ni pun tak boleh nak perasan. memang cilaka.

panel tiga hakim di mahkamah rayuan tempoh hari lalu telah menolak saman pak zahid yang merasakan dirinya tidak bernafsu kalau pakai sarung tangan. hahahaha.

kini rasalah Zahid Hamidi akan pertelagahan sesama sendiri. hahahaha!

sila baca di bawah:


itu lah Pak Zahid Hamidi....hang ada ilmu agama....sepatutnya hang tahu bahawa menyokong BN itu adalah sesuatu perkara yang haram...haram sebab BN memang haram jadah...hahaha

manakan tidak BN menjadi parti haram?

setelah hukum Allah dipermainkan....takkan BN masih halal?

setelah ramai ulamak dibunuh semasa era pentadbiran BN....takkan BN masih halal?

jangan lupa isu MEMALI..as-syahid ust Ibrahim Libya ditembak sampai mati oleh pasukan polis kerana arahan menteri UMNO!

ayuh tolak BN!

doakan lebih ramai anak menteri dalam UMNO berzina dan berkhalwat...hahahahaah! supaya pak-pak menteri dalam UMNO itu rasa macam mana susahnya kalau negara kita tak ada sistem yang baik dalam isu moral dan agama.

nyah kau!

Thursday, March 15, 2012

Budak Muda "sound" pimpinan PAS sebuah kawasan supaya jangan ganggu isteri orang

ketika berjalan-jalan disebuah kawasan di selangor....masa tu baru lepas habis dating dengan BUAYA SUNGAI PUCHONG...

mendapat panggilan telefon dari seorang anak muda pucong...

mengenai kes terbaru ada seorang perempuan muda yang cuba diganggu oleh ketua pemuda PAS sebuah kawasan...yang menggesa supaya dirinya memutuskan pertunangan dengan seorang pecinta Hishamudin Rais...

katanya...Hisham tu komunis...tak semayang....20 tahun dia duduk di UK tak pernah semayang.

kerana Hisham memang tak semayang....tapi dia solat. hahaha.

apapun....itu hanya mitos.

yang realitinya ialah.....apa lah kerja orang-orang yang mengaku dirinya dalam parti islam ini..

tumpu kerja elok2 berdakwah sudah lah.,..

tak payahlah duk kacau hal-hal peribadi orang sekampung.....malah satu jemaah lagi bro..

kadang-kadang nak jugak digelakkan sahaja apabila Hishamudin Rais mengeji segelintir pemuda PAS yang tak buat kerja ni.

kerja asik nak suruh orang jadi baik...tapi kejahatan depan mata tak nak banteras.

ini penyakit!

tapi hal-hal yang remeh macam peribadi orang....perempuan tu bertunang dengan siapa...nak kahwin dengan siapa..sibuk lah pemuda-pemuda ni datang serbu family orang nak selidik detail anak orang supaya jangan kahwin dengan orang selain orang PAS.

apa ni....cool la bro...

Angkatan Muda Keadilan yang baru lagi dalam politik ni sudah mampu buat macam-macam pegi dedahkan sini-sana isu skandal pemimpin UMNO.

yang group pemuda PAS kawasan ni pergi rumah bini orang tanya anak orang bertunang dengan siapa....nasihat suruh putus tunang la..apa la...ini tak cool la bro..

lagi satu pemuda DAP...mana pergi pemuda DAP ni...

tak nampak pun perjuangkan hak masyarakat?

orang lantik suruh jadi wakil rakyat sila lah buat kerja sebagai wakil rakyat...

nampak gaya tak menang lagi lah pakatan rakyat kalau perangai orang-orang muda dalam pakatan kita macam ni...hmm....

sobarap la nak menang..

dengar kenapa kita kena berjuang walau sudah kaya....